Saturday, 6 December 2014

SESUNGGUHNYA DUNIA ITU MEMENATKAN

Dalam kita terus meniti setiap tali kehidupan ini, pelbagai benda telah kita saksikan. Jatuh bangunnya diri, lemah kuatnya semangat semuanya disaksikan oleh Allah swt. Ingatlah, sesungguhnya dunia itu memenatkan. Sejauh mana pon kalian mengejarnya, ia sedikit pon tidak akan memuaskan.

Dunia itu genggamnya cuma ditangan tapi tidak dihati. Ditangan kerana ianya mudah untuk dikutip dan jua di lepaskan. Jangan sesekali disimpan malah digenggam dihati. Cukup sekadar ditangan.

Pabilamana hati itu diisi dengan dunia, maka terpedayalah seluruh jasad. Binasalah ia. Jangan biarkan diri ditipu dengannya. Permainan dunia itu indah malah mempersona. Sampai dimana singgah 1 titik dihati kita merasakan cukuplah ia menjadi segalanya. Jangan bertuhankan dunia.

Didiklah diri itu wahai manusia. Bukan kita tidak punya apa apa di dunia tapi jangan jadikan dunia itu punyai kita. Maka biarkan dunia itu menjadi pengisian masa senggang kita. Latihlah diri meletakkan kaki melangkah ke gerbang akhirat kerana ia adalah satu satunya jalan bahagia. Denainya mendugakan tapi dipenghujungnya tersimpan alam yang penuh kenikmatan.

Maka jangan terbiasakan oleh diri kalian bermain dengan dunia. Apàbila kaki itu luka kerana jatuh tersembam ke bumi, maka bangunlah semula melangkah ke jalan Allah. Itu tarbiyah daripada Tuhanmu yang Maha Agung. Sudah sampai lewat petang dunia ini. Tidak perlu menunggu malam untuk pulang ke rumah. Gerakkan kaki kai kalian sekarang menuju ke rumah. Pilihlah jalan Allah. Moga Dia mengampuni kita semua. Amin.

No comments:

Post a Comment