Saturday, 27 December 2014

HAJI BAKHIL DALAM DIRI

Kalau pergi jalan-jalan kemana sahaja mesti akan jumpa orang yang sebut dialog ni...

"Encik, kami dari sebuah yayasan mengumpul duit untuk mendirikan masjid di kampung kami."

"Kak, derma la seikhlas kakak bagi membantu anak-anak yatim di tempat kami."

"Bang, beri la saya RM5. Saya dah 3 hari tak makan."

"Mak, anak makcik Timah tu takde duit nak belanja sekolah. Makcik Timah demam. Tak larat nak pergi kerja."

Biasa dengar dialog ni?

Selalunya apa kamu buat bila dengar dialog tu?

Bagi apa yang termampu atau...

"Maaf encik. Saya takde duit pecah."

"Tak habis-habis nak minta pada orang lain. Pergi la kerja nun."

"Alaa. Pandai-pandai la kau nak hidup."

Ada cakap macam tu?

"Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan."
-Surah Al Mujadilah, ayat 13.

Kenapa rasa kedekut sangat nak berkongsi rezeki dengan orang lain?

Jangan pernah takut dengan kemiskinan!

Takut duit berkurang?

Kadangkala, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Jangan rasa kikir untuk berkongsi dengan orang lain. Rasa kasihan la pada orang yang tak berkemampuan tu. Kalau dia mampu nak beli makanan, dia tak minta pada kamu.

Takut miskin?

Orang yang selalu bersedekah, Allah akan tambahkan harta dan rezeki dia. Takkan miskin kalau kamu membantu orang yang dalam kelaparan. Nak takut untuk apa? Semuanya tentang rezeki Allah dah aturkan.

Takut kena tipu dengan sindiket?

Fikir mudah. Kamu sedekah pada si peminta sedekah tu semata-mata nak bantu dia. Tapi kalau dia menipu kamu, itu urusan dia dengan Allah. Maafkan dia dan doakan semoga dia berubah.

Ada orang kedekut dengan adik-beradik.

Ada orang kedekut dengan mak ayah.

Ada orang kedekut dengan kawan-kawan.

Kenapa perlu kedekut?

Kadang-kadang bila ada orang nak pinjam barang pon tak dibaginya.

Alasannya...

"Aku pon tak rasmi lagi."

"Kau ada duit. Beli la sendiri."

"Dia bukannya pandai jaga barang orang. Habis rosak nanti."

Laailahaillallah.

Tanya diri kamu.

Lebih sayangkan harta kamu daripada hubungan sesama manusia?

Harta benda kamu takkan boleh tolong kamu semasa dalam kesusahan.

Contohnya...

Beg Gucci kamu tak boleh nak tolong selamatkan kamu kalau rumah kamu dimasuki perompak.

Kereta BMW kamu tak boleh nak jadi pendengar segala masalah kamu kalau kamu dalam keadaan memerlukan penasihat.

Zaman Rasulullah saw dahulu, sahabat-sahabat sangat mementingkan ukhwah dikalangan mereka. Harta benda pon sanggup mereka korbankan demi sahabat sendiri.

Zaman sekarang?

Harta mendahului ukhwah.

Islam melarang umatnya bersifat kedekut walau dengan siapa pun. Orang-orang yang bersifat kedekut ini adalah orang yang tidak yakin bahawa Allah adalah yang meletakkan setiap rezeki hamba-hambaNya.

Contohi la...

Saidina Abu Bakar yang akan bersedekah pada setiap hari.

Saidina Abdul Rahman bin Auf, seorang jutawan yang dermawan.

Hebat orang-orang sebegini. Tidak pernah takut untuk dengan kemiskinan.

Nak sedekah ni tak perlu tunggu kaya. Nak sedekah tak perlu tunggu jadi jutawan.

Kalau mampu bagi beribu ringgit, maka berikan la.

Kalau mampu bagi RM100, bagi laa.

Kalau mampu bagi RM1, bagi la.

Kalau mampu bagi 50sen, bagi la.

Kalau tak mampu bagi apa-apa, maka bersedekah la dengan senyuman.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment