Thursday, 11 December 2014

SOLAT: TARBIYAH TERHEBAT

Apakah tarbiyah terhebat solat?

Siapa tau jawapannya?

Tarbiyah terbesar solat adalah cinta

Kenapa cinta? Siapa tau?

Hanya waktu solat kita berhubung dengan Allah?

Betul dah tu tapi tak lengkap. Ada lagi sambungannya.

Agak agaknyakan bila orang dah merasa nikmat dalam solat, dia rasa cinta pada Allah tu level mana?

100% kan?

Solat tu pengikat cinta antara Allah dan hamba. Orang yang tak mengeluh nak solat ni bagi saya memang hebat sebab adakalanya datang penyakit MALAS dalam diri sampai nak solat pon kita mengeluh. Terukkan diri?

Punyalah hebat solat ni sampai orang yang sakit boleh sembuh, yang sesat boleh celik, yang miskin boleh kaya, yang huduh boleh cantik, yang lemah boleh kuat.

Rabiatul Adawiyah dulu punya feel masa solat sampai kepalanya ditimpa batu sampai berdarah pon dia tak sedar. Nampak tak solat tu bagi kesembuhan?

Pengembara yang sesat dalam hutan bilamana dia solat, Allah tunjukkan jalan

Orang yang miskin kalau asyik seronok dengan solat sampai tak rasa lapar nak makan. Sebab bagi dia solat tu mengenyangkan.

Sesetengah orang tu tak cantik mana pon tapi sebabkan dia memang rajin solat sampai Allah serikan muka dia. Orang lain tengok pon redup jee.

Tentera Sultan Al Fateh dulu solat masa di medan perang. Time perang pon boleh solat. Tenteranya sikit. Tapi Allah bagi kekuatan sehinggakan boleh tawan kota konstatinopel.

Kenapa semua kelebihan tu ada pada solat?

Sebab solat tu kekuatan bagi individu muslim?

Sebab bilamana jasad dan jiwa dah bersatu dengan cinta pada Allah, akan sampai pertolongan Allah pada kita.

Analoginya mudah. Kalaulah kita dah sayangkan seseorang tak mungkin kita nak biarkan orang yang kita sayang susah. Kan?

Sama juga dalam konsep ni. Bila kita jadi hamba yang taat dan Allah pon cintakan kita, segalanya akan nampak indah. Dia takkan biarkan kita bersendiri.

".......dan Allah bersama kamu dimana sahaja kamu berada" Surah Al Hadid, ayat 4

Jadi kita bersendirian ke selama ni?

Tidak

Macam mana nak ambil jalan supaya hati ni selalu ingat pada Allah? Nak rasa Allah itu ada dengan kita. Allah itu ada jee tapi kita je selalu rasa macam kosong.

Pernah dengar hadith ni tak "apabila kamu nak kusyuk dalam solat rasailah seperti kamu melihat Allah, jika kamu tidak mampu maka rasailah seperti Allah melihat kamu"

Nampak tak di sini solat adalah salah 1 jalan nikmat yang boleh jadikan hati kita sentiasa ada Allah?

Bilamana kita dah mula sukakan solat, maknanya kita dah masuk dalam fasa rasa nikmat dalam beribadah.

Sebab solat ni la benda yang paling asas. Kalau solat ni baik In Shaa Allah yang lainnya juga akan baik.

Okay. Jom bincang macam mana nak kusyuk. Siapa nak share?

10-15 minit sblm azan atau solat tu. Dah siap siap, duduk kat atas sejadah. Lupakan semua. Sape pernah try?

Sebelum nak tunggu solat tu, baca Al Quran. In Shaa Allah bole hkhusyuk.

Memanglah Allah Maha Mengetahui. Tapi kita boleh je nak cari nikmat tu dengan bercerita tentang kehidupan seharian yang kita lalui tu pada Allah. Kemudian istighfar

Nak dapatkan solat yang khusyuk ni, sebenarnya bermula daripada wudhuk. Ambil wudhuk dengan sempurna. Bayangkan ini solat terakhir kita. Rasakan yang Allah sedang melihat kita solat. Ingat yang kita solat ni sebab nak dapatkan rahmat Allah bukan semata mata solat ni perkara yang wajib kita buat.

Timbulkan rasa macam mana kita nak jumpa orang yang tersayang. Feel macam nak balik kampung masa malam raya. Feel tak sabar nak balik kampung jumpa mak ayah. Jadi timbulkan feel tu masa nak jumpa Allah.

Bila dah time solat tu jangan dicepatkan. Bayangkan bila dah duduk rumah mesti malas nak balik kolejkan? Jadi jangan la kalut nak habis solat awal.

Relaks semasa solat. Dialog kita dengan Allah. Setiap makna bacaan dalam solat adalah doa. Jadi nak berdoa kena la sungguh sungguh. Solat pon kena sungguh sungguh. Baru ada nikmat.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment