Tuesday, 16 December 2014

MASALAH BUDAYA IKUTAN: KE LAUT LA JAWABNYA

"Mak, Kiah nak dye rambut macam Miley Cyrus boleh tak? Cantik la rambut dia."

"Abang, ayang nak celebrate Krismas dekat rumah Jenny 25hb nanti tau. Kita kan masyarakat majmuk yang hidup harmoni."

"Alaaa. Zaman sekarang ni tak hairan dah kalau mengandung sebelum kawin. Hidup ni cuma sekali. Yang penting enjoy."

"Tak kisah la tak pakai tudung pon. Ramai je yang buat macam tu. Dah kawin nanti aku pakai la."

Bla.. Bla.. Bla..

Haaaaa. Nak ikut siapa lagi?

Madonna?
Jennifer Lawrence?
Emma Watson?
Kim Hee Chul?
Rupert Grint?

Erkkk.

Jom tengok apa yang Allah kata.

"Dan jika kamu mengikut kebanyakkan orang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan sahaja dan mereka tidak lain hanyalah berbuat dusta."
- Surah Al An'am, ayat 116.

Ni la masalah umat Islam sekarang!

Suka sangat mengikut budaya orang lain. Penting sangat ke nak ikut orang?

Nak ikut budaya orang boleh. Takde masalah.

Tapi...

Kena pastikan orang yang diikut tu ada ilmu.
Kena pastikan budaya yang diikut tu selari dengan syariat Islam.
Kena pastikan kamu ikut jalan yang benar.

Cuba tengok ummat sekarang ni.

Siapa yang mereka ikut?

Rasulullah saw?
Para sahabat baginda?
Ahli tabi'in?
Ulama ulama?
Artis?
Pemain bola?

Lagi?

Masha Allah.

Wahai kamu yang bernama Islam, dengar sini baik-baik! Sebelum kamu mengikut seseorang atau sesuatu budaya, pastikan kamu cek dahulu adakah ianya selari dengan ajaran Islam?

Kalau kamu nak ikut.....

Orang yang tak solat...
Orang yang tak tutup aurat...
Orang yang menjual agamanya...
Orang yang tinggalkan agama...
Orang yang taktau baca Al Quran...
Orang yang mempermainkan agama Allah...

Lebih baik kamu lupakan sahaja niat kamu!

Orang yang meninggalkan amalan-amalan agama tidak akan memberikan kamu keuntungan walaupun sedikit. Mereka akan terus menarik kamu jauh daripada jalan Allah.

Na'uzubillahi minzalik.

Ya insan.

Sudah terlalu banyak budaya-budaya yang diikuti oleh ummat kini yang mendorong jauh mereka daripada Allah. Terlalu ramai yang masih jahil untuk membezakan apakah budaya itu dilarang atau diperintahkan oleh Allah.

Kamu ada mata, boleh baca makna ayat-ayat Al Quran.

Kamu ada telinga, boleh dengar kuliah-kuliah agama.

Kamu ada tangan, boleh selak Al Quran.

Kamu ada kaki, boleh melangkah ke majlis-majlis ilmu.

Kamu ada otak ada akal, boleh fikir mana yang hak dan mana yang batil.

Lengkap pancaindera Allah kurniakan. Tapi adakah kamu manfaatkan untuk menuntut ilmu tentang agama Allah?

Cube renungkan. Apa yang jadi pada kebanyakkan ummat ini?

Seolah-olah mereka buta!

Seolah-olah mereka pekak!

Seolah-olah mereka cacat kaki dan tangan!

Ya Rahman.

Sebab apa semua ni terjadi?

Sebab terlalu sangat taksub dengan mengikut sesuatu budaya tanpa berfikir adakah semua itu perkara yang Allah redha atau perkara yang Allah murka.

"Aku akan memalingkan orang yang sombong di muka bumi tanpa alasan yang benar daripada tanda-tanda kekuasaanKu. Jika mereka melihat tiap-tiap ayatKu, mereka tidak beriman dengannya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya."
- Surah Al A'raf, ayat 146.

Kalau nak cerita bab apa yang ada dalam dunia ni, sampai bila-bila pon takkan habis. Dunia ni memang seronok.

Sebab seronok la ramai yang lalai. Sebab seronok la ramai orang yang sesat. Sebab seronok la ramai orang yang tinggalkan tuhan.

Lailahaillallah.

Jadi, sebelum kamu ikut sesuatu budaya atau perilaku, kaji dulu orang yang membawa budaya tu.

Silap ikut, lari akidah.
Silap ikut, jauh dari Allah.

Allahuakbar.

Apa yang berlaku pada ummat zaman ni lebih dasyat. Banyak budaya barat dan yahudi menjadi ikutan. Budaya terpesong tu diterima bulat-bulat tanpa sedikit pun diragui.

Dimana akidah Islam kamu?

Sepatutnya.....

Kamu ikut Rasulullah!
Kamu ikut para sahabat!
Kamu ikut ulama ulama!

Cukup-cukup la tu.

Sampai bila nak dijajah dengan budaya menyimpang?

Sampai bila nak ikut budaya yang bertentang dengan Islam?

Sampai bila nak hidup dalam kemurkaan Allah?

Sudah sampai masanya kita tinggalkan dan tolak semua budaya jahiliyah tu. Sudah sampai masanya kita kembali pada syariat.

Fikir dan berubah la sekarang.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment