Monday, 15 December 2014

AKU SADO

Alhamdulillah. Zaman dah moden ni ramai lahirnya da'i-da'i IT. Ada yang berdakwah melalui youtube, whatsapp, twitter, instagram, wechat, blog dan macam-macam lagi.

Bukan mudah nak jadi da'i !

Ada yang.....

Kena marah.
Kena ejek.
Kena maki.
Kena bash.

Dah akhirnya kecundang di tengah jalan!

Aku futur ya Allah.

Siapa pernah mengalami keadaan ni?

Rasa penat.
Rasa lemah.
Rasa putus asa.
Rasa sedih.

Wahai orang-orang yang menyampaikan agama Allah, usaha kamu itu murni. Usaha kamu itu hebat. Usaha kamu itu baik.

"Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan, mereka itu termasuk dalam golongan orang yang soleh."
- Surah Al Imran, ayat 114.

Ayat ni boleh tiupkan semangat dan kekuatan dalam hati-hati kamu supaya terus bermujahadah dan menyampaikan agama Islam.

Ayat ini janji Allah!

Janji Allah untuk menjadikan orang-orang yang sentiasa mengajak orang lain berbuat baik, sentiasa mencegah orang lain meninggalkan kejahatan, sentiasa mengerjakan kebajikan untuk dimasukkan ke dalam golongan orang yang soleh.

Allahuakbar! Hebatnya janji Allah.

Nak jadi orang yang soleh, jangan futur!

Nak jadi orang yang soleh, jangan lemah!

Nak jadi orang yang soleh, jangan putus asa!

Nak jadi orang yang soleh, harus kuat!

Nak jadi orang yang soleh, harus sado!

Subahanallah.

Jalan dakwah ini bukan jalan yang mudah!

Jalan dakwah ini bukan jalan orang yang lemah!

Jalan dakwah ini bukan jalan untuk orang yang beralasan!

Bukan semua orang boleh terima dakwah kamu. Bukan semua boleh terima apa yang kamu sampaikan.

Jika diherdik, jika dihina, jika dicaci, maka bersabarlah. Jangan futur.

Cuba fikir.

Kalau la Rasulullah saw dan para sahabat dahulu.....

Lemah apabila dihina.
Berhenti apabila ditolak.
Putus asa bila diperangi.

Agak-agak apa yang akan jadi pada kita sekarang?

Agak-agak nikmat Islam tu sampai tak pada kita sekarang?

"Jangan la kamu bersikap lemah dan jangan la pula kamu bersedih hati, padahal kamu la orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman."
- Surah Al Imran, ayat 139.

Kamu nak Islam sampai pada semua.

Kamu nak Islam agama bagi semua orang.

Kamu nak umat Islam jadi hebat.

Kamu nak syariat Islam jadi amalan.

Tapi.....

Kamu sendiri lemah.
Kamu sendiri kecundang.
Kamu sendiri kalah.

Bagaimana Islam nak disebarkan?

Bangun la!

Jadi da'i yang hebat!
Jadi da'i yang tak mengalah!
Jadi da'i yang sado!
Jadi da'i yang penyabar!

Tapi harus ada ilmu.
Tapi harus ada pengetahuan.
Tapi harus ada sabar.

Bukan mudah nak tegakkan sesuatu kebenaran. Pasti ada halangan dan cabaran.

Tambahan pula dunia sekarang. Macam-macam budaya datang untuk meruntuhkan nilai moraliti dalam Islam. Pelbagai pengaruh dan menjajah identiti dan pemikiran orang-orang muslim.

Bila akhlak juga dah ditakluk dengan sesuatu yang menyimpang dari syariat Islam dan malah sudah jadi sebati dalam hidup, kamu ingat mudah untuk ubah coraknya?

Bukan mudah!
Bukan senang!
Bukan mustahil!

Kalau kamu memang nakkan budaya hidup Islam jadi amalan setiap manusia, kamu kena budayakannya dahulu dalam diri kamu sendiri.

Apabila jiwa kamu dah boleh menerima Islam secara keseluruhannya, baru la kamu boleh ajak orang lain untuk sama-sama cintakan Islam.

Kamu kena tau bahawa...

Tak semua orang sukakan kebaikan.
Tak semua orang boleh tinggalkan kecintaan dunia.
Tak semua orang rela di jalan sulit.

Tak semua orang!

Tapi jangan jadikan itu alasan-alasan untuk kamu terus berhenti daripada terus sebarkan dakwah.

Contohi la Rasulullah saw.
Contohi la Saidina Abu Bakar.
Contohi la Saidina Umar.
Contohi la Saidina Uthman.
Contohi la Saidina Ali.

Semangat juang dalam menyampaikan Islam tak pernah sedikit pon lemah. Sentiasa kuat walaupun macam-macam dugaan dan cabaran yang dihadapi.

Hebatkan?

Nak setanding dengan mereka memang tak layak. Tapi kamu boleh jadi orang-orang yang selalu menyampaikan agama Allah. Seperti apa yang mereka pernah lakukan.

Kenali Islam.
Pelajari Islam.
Fahami Islam.
Amalkan Islam.
Sebarkan Islam.

Kembalikan Islam di atas muka bumi ini. Sebarkan cinta dengan dakwah.

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment