Tuesday, 9 December 2014

KITA MASIH JAHIL

Ada di antara manusia itu meninggalkan Tuhan demi dunia. Ya Rabb, apakah kami tergolong dalam golongan ini?


وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ ۖ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

 "Dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari kekuasaan Allah) di bumi dan tidak juga di langit (sekalipun); dan kamu tidak akan mendapat sebarang pelindung dan penolong yang lain dari Allah".

[Surah Al-Ankabut : 22]

Kamu hidup seolah-olah takmau mati. Himpun dunia seolah-olah kamu tak pernah dengar tentang hari kiamat.

Nauzubillah ya Allah.

Dalam dunia kita ni ada 7 bilion manusia. 5.5 bilion adalah orang kafir. Cuba kamu bayangkan Allah takdirkan kiamat pada hari jumaat ini.

Maknanya 5.5 bilion manusia akan mati dalam keadaan tak pernah tau kalimah LAILAHAILLALLAH !

5.5 bilion umat Nabi Muhammad saw yang tak pernah tau apa itu Islam.

Allahuakbar.

Bakinya adalah 1.5 bilion manusia yang bernama Islam. Yang mengaku sebagai Islam.

Tapi tanya diri kita. Adakah kita ini Islam?

Hari ini...

Ada orang hidup 20 tahun.

Ada orang hidup 48 tahun.

Ada orang hidup 63 tahun.

Ada orang hidup 79 tahun.

Ada yang 95 tahun pun masih hidup.

Alhamdulillah ya Allah. Nikmat umur Allah bagi. Peluang untuk beribadah.

Sekarang!

Cuba tanya diri kita. Sepanjang kita bergelar sebagai MUSLIM yang beragama ISLAM dan berpegang pada kalimah LAILAHAILLALLAH, sudah berapa banyak amalan-amalan agama yang kita tinggalkan?

Sudah berapa banyak kemungkaran kita buat?

Sudah berapa lama kita hidup dalam maksiat?

Ya Ghaffar.

Di luar sana, masih ramai lagi yang bernama Islam tapi masih tak solat!

Di luar sana, masih ramai lagi yang wanita-wanita yang bernama Islam tapi ingkar takmau tutup aurat. Malah ada yang membuka aurat untuk sumber rezeki!

Di luar sana, masih ramai bayi-bayi yang lahir dari rahim wanita-wanita Islam hasil hubungan zina!

Di luar sana, masih ramai lagi mereka yang bernama Islam hidup bebas bergaul lelaki dan wanita tanpa batas batas syariat!

Di luar sana, masih ramai bayi bayi yang dibunuh atas hasil hubungan zina!

Di luar sana, masih ramai lagi mereka yang bernama Islam menindas orang-orang susah demi kepentingan sendiri!

Kalau Rasulullah saw masih ada bersama-sama kita pada hari ini, kamu boleh bayangkan tak bagaimana perasaan baginda?

Ya Salam.

Kamu minta Allah bantu kamu dalam kesusahan sedangkan kamu masih lagi ingkar padaNya!

Kamu minta Allah tolong kamu tapi kamu masih lagi ahli maksiat!

Kamu minta Allah tolong kamh tapi kamu masih lagi tak tunaikan hak-hak Allah!

Kamu tak malu ke?

Azab Allah itu keras. Azab Allah itu untuk orang-orang yang ingkar.

Jangan kata kamu tak pernah dengar bahawa hidup dalam dunia ni ada syariatnya. Jangan kata kamu taktau apa-apa tentang hukum Islam.

Kalau kamu kata kamu taktau, kamu pembohong!

Sejak 1400 tahun lebih Allah turunkan Al Quran. Apa kamu tak pernah baca Al Quran? Apa kamu tak pernah baca terjemahan Al Quran?

Atau kamu sendiri taktau apa itu Al Quran?

Ya insan.

Apa kamu tak pernah pergi ke majlis-majlis ilmu? Apa kamu tak punya masa untuk belajar tentang agama kamu?

Atau keinginan keduniaan kamu itu lebih penting?

Ya mukmin.

Kamu dengar sini baik-baik!

Kamu fikir orang yang ingkar tu Allah tak azab?

Hidup kamu mewah. Makan kamu enak. Tidur kamu lena. Sedangkan kamu meninggalkan jauh amalan-amalan agama.

Ketahuilah bahawa azab kamu tertangguh!

Allah menguasai segala di langit dan di bumi. Hatta sekalian alam ni milikNya.

Tidak ada sesuatu pon yang terlepas dari kekuasaanNya. Tidak ada sesuatu pun terlepas daripada perhitunganNya.

Wahai saudara-saudara yang dikasihi.

Ubahlah diri kita. Macam mana kita nak jumpa Rasulullah saw kalau kita sendiri tak jadi ummat baginda yang baik.

Islam itu tak jumud. Islam adalah agama yang sempurna. Janji Allah itu pasti.

Jom berubah!

ciknaura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment