Bila hati ni dah ditiup rasa untuk kembali ke jalan Allah, rasa macam ada segunung kekuatan.
Power betul nikmat Islam.
Tapi kadang-kadang teringat semula zaman jahiliyah diri.
Tudung pendek.
Baju ketat.
Rambut berwarna.
Stokin tak pakai.
Macam-macam lagi ragam pelik zaman jahiliyah.
Apa yang kamu rasa bila kenangkan zaman jahiliyah dulu?
Sedih?
Kecewa?
Malu?
Rasa nak terjun tingkap?
Semua orang yang sudah berhijrah untuk jadi lebih baik akan rasa perkara yang sama.
"Maka ada pun orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan kebajikan, maka mudah-mudahan dia termasuk orang yang beruntung."
-Surah Al Qasas, ayat 67.
Hebat ujian orang yang nak berhijrah ni.
Ada yang dihina.
Ada yang dipukul.
Ada yang dipulau.
Ada yang didera.
Ada yang diketawakan.
Ada yang diejek.
Wahai orang-orang yang hatinya mencintai Allah, biar la apa orang lain nak kata pada kamu. Jangan la berputus asa. Jangan kamu bersifat lemah.
Ketahuilah...
Ujian Asiah lebih hebat!
Ujian Sumaiyyah lebih hebat!
Ujian Bilal bin Rabah lebih hebat!
Adik beradik mengata.
Kawan-kawan mengata.
Jiran tetangga mengata.
Officemates mengata.
Manusia-manusia ni akan terus mengata kamu. Takkan disebabkan kata-kata mereka tu kamu nak berpaling dari jalan Allah?
Lemah?
Rapuh?
Tersungkur?
Buntu?
Manusia macam tu sikit pon takkan bagi manfaat pada kamu di akhirat. Hanya Allah sahaja yang tau hambaNya yang datang dengan hati yang ikhlas mengharap keredhaanNya.
Fikir mudah.
Takut manusia umpat atau takut pada Allah?
Kenapa nak takut pada manusia yang bersifat terbatas?
Biar hina di mata manusia. Asalkan di sisi Allah hijrah kita besar ganjarannya!
Jangan takut dibuang kerja sebab rezeki itu bukan di tangan manusia!
Biar manusia ejek, asalkan Allah terima amal kamu!
Kalau nak dengar kata mulut orang, sampai bila pun kamu takkan berubah. Sebab manusia hanya cakap dengan desakan nafsu. Hanya tau cakap bila perbuatan itu baik pada pandangan mereka.
Apa yang manusia fikir itu tak penting!
Tapi apa yang Allah perintahkan itu jauh lebih bermanfaat.
Orang yang beruntung adalah orang yang memilih untuk meninggalkan segala keseronokkan hawa nafsu dunia semata-mata takut pada Allah.
Rasa takut pada Allah itu adalah 1 perasaan yang akan jadikan kamu manusia yang lebih baik dalam hidup dan di sisi Allah.
Kalau rasa tak kuat. Berdoa pada Allah semoga Dia berikan kamu semangat untuk bina kekuatan. Kekuatan tu datang dari Allah. Bukan dari makhluk!
ciknaura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment