Bila buka facebook, twitter, instagram, moment di wechat ataupun status di whatsapp kebanyakannya penuh dengan ayat-ayat cinta remaja zaman sekarang. Tak kurang juga profile picture atau icon yang ada gambar pasangan yang sedang dilamun cinta.
Wahai insan.
Tau tak apa Allah kata?
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."
-Surah Az Zumar, ayat 18.
Rasanya semua tau bahawa trend couple ini adalah salah di sisi Islam.
Kenapa salah ye?
Ianya adalah perbuatan yang boleh mendatangkan perbuatan zina. Perasaan yang tak halal untuk ditunjukkan sebelum sampai masanya.
Berbual dalam phone.
Texting benda tak penting.
Berdua-duaan masa dating.
Bersentuhan tanpa ikatan sah.
Perkara-perkara ini adalah dilarang oleh Islam bagi mereka yang belum sah bergelar sebagai suami isteri.
Salah siapa?
Adakah salah Encik Boyfriend yang setiap hari call, texting, atau mengorat cik adik manis tanpa jemu?
Adakah salah mak ayah yang kononnya open minded terhadap benda ni?
Dengar sini baik-baik!
Ini semua adalah salah diri kamu sendiri yang gagal nak kawal dan tundukkan nafsu. Salah diri kamu yang dah tau bahawa couple tu salah tapi jadi hamba nafsu untuk terus membiarkan diri sendiri bergelumang dengan maksiat.
Nak tau suatu benda tak?
Boyfriend atau girlfriend kamu bukanlah si...
Kiah...
Bedah...
Timah...
Siti...
Jalil...
Halim...
Awi..
Tapi...
Boyfriend atau girlfriend kamu adalah nafsu!
Bukan orang yang kamu seronok whtasapp, wechat, tweet, comment, call tu. Tapi boyfriend atau girlfiend kamu adalah nafsu kamu sendiri.
Mereka yang kamu fikir partner sejati tu bukanlah orang yang boleh sewenang-wenangnya takluk hati kamu tapi nafsu la yang dah menguasai hati dan fikiran kamu. Maka, perbuatan-perbuatan kamu hanyalah berlandaskan nafsu semata-mata.
Faham tak?
Kalau la kamu tidak menurutkan nafsu, sudah pasti kamu tidak akan terbuai dengan manjanya suara si dia atau dengan indahnya perasaan apabila berduaan bersama si dia.
Kamu akan fikir semua benda itu adalah "sweet" tapi ia adalah pandangan baik bagi desakan nafsu kamu sendiri. Tewas dalam pujuk rayu syaitan untuk menjerumuskan umat manusia ke dalam maksiat.
Bilamana nafsu sudah dipatuhi, maka segala perbuatan maksiat adalah tidak salah bagi fikiran kamu. Ketahuilah bahawa syaitan sedang menghiasi perbuatan-perbuatan maksiat menjadi indah pada pandangan kamu.
Bila isu "couple" ni timbul, semua orang akan patuh pada kata-kata pasangan masing-masing. Taat pada Allah, Rasulullah saw, ibu bapa sudah ditolak ke tepi. Menjadikan kekasih sebagai rujukan dalam setiap perkara.
Ya Allah, ampunkan kami.
Ramai orang tak sedar perkara ini. Malah ada mak ayah yang redha dengan perbuatan maksiat anak-anak mereka. Merelakan anak perempuan diajak keluar bersama lelaki yang bukan halal untuknya, membiarkan anak lelaki mereka merosakkan hati anak gadis orang lain.
Adakah ini yang baginda Rasulullah saw ajarkan kepada kita?
Islam tak halang perasaan untuk mencintai dan dicintai. Malah Islam galakkan kita berkasih sayang sesama makhluk. Tapi semuanya harus ada adab dan caranya.
Kasihan pada diri.
Menjadi hamba nafsu. Sehingga membutakan mata, memekakkan telinga dan membelakangkan Allah sebagai tempat untuk berkasih sayang dan bergantung harap. Memilih cinta makhluk sebagai sandaran untuk mencari kebahagiaan yang bukan pada cara yang diajarkan oleh agama.
Islam adalah agama yang menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Islam adalah agama yang mengajarkan umatnya tentang adab dan akhlak terpuji.
Jadi hamba itu biarlah pada Allah. Bukan pada syaitan. Bukan juga pada nafsu.
ciknaura.blogspot.com
Casino Review (2021) - DRMCD
ReplyDeleteIn this Casino Review, we provide you with 평택 출장마사지 an 부천 출장마사지 overview of the games and bonuses offered, banking methods, the 인천광역 출장샵 games and the 문경 출장안마 security Rating: 4.2 · 동두천 출장안마 Review by Dr