Ibu bapa ini adalah "anugerah". Orang orang yang dihantar oleh Allah untuk melahirkan kita dan menjadikan kita khalifah di atas muka bumi ni.
Kita tak boleh pilih siapa jadi ibu bapa kita tapi itu adalah anugerah daripada Allah. Siapa pun ibu bapa kita maka bersyukurlah. Ibu bapa kita penyayang, maka bersyukrlah. Ibu bapa kita tak memahami, bersyukurlah. Ibu bapa kita abaikan kita, maka bersyukurlah.
Kenapa kita kena bersyukur dengan apa adanya mereka?
Sebab mereka insan yang bertuah diamanahkan oleh Allah untuk menjaga,mendidik dan membesarkan kita.
Dengan adanya ibu bapa, Allah buka jalan jalan ke syurga untuk kita. Betapa bertuahnya kita.
Mudahnya Allah nak masukkan kita dalam syurga hanya dengan 2 orang insan sahaja.
Pertamanya doa ibu bapa. Hebatnya mereka ini hanya dengan doa ibu bapa sahaja. Doa yang Allah takkan tolak adalah doa kedua ibu bapa. Sebab itu bila kita sebagai anak ini tidak boleh sesekali derhaka kepada ibu bapa. Bilamana kecilnya hati ibu bapa maka ketika itu putus doa kebaikan mereka pada kita. Laknat Allah pula yang menimpa.
Doa ibu bapa ni power. Allah akan makbulkan doa kedua ibu bapa pada anak anaknya. Bayangkan jika setiap hari mereka mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak anaknya, nescaya Allah akan berikan kehidupan yang baik kepada anak itu setimpal dengan doa ibu bapanya.
Yang keduanya, bilamana adanya ibu bapa Allah bagi kita peluang untuk masuk syurga. Bila kita berbakti kepada ibu bapa, seluruh para malaikat mendoakan kita. Allah meredhai kita. Redha Allah itu terletak kepada redha ibu bapa.
Bakti anak anak tu takkan dapat membalas apa yang ibu bapa dah lakukan pada. Tapi dalam mengenangkan jasa ibu bapa, kita sebagai anak wajib berbuat baik kepada kita. Derhaka seorang anak itu akan mengundang laknat Allah.
Bagi orang yang dah takde ibu bapa, Allah dah tutup pintu neraka untuk kamu. Kamu tidak ada peluang untuk derhaka kepada mereka. Ingatlah doa anak anak yang solah adalah penyelamat bagi ibu bapanya di alam barzakh.
Jadilah anak yang baik. Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita.
In shaa Allah...
ReplyDeleteAmin...
Mubin. Amin.
Delete